Sei Ashina

Sei Ashina (芦名 星, Ashina Sei) (lahir Igarashi Aya, 22 November 1983 - 14 September 2020) ialah seorang pelakon wanita Jepun,[2] terkenal kerana membintangi Hime dalam Kamen Rider Hibiki.[3] Beliau juga terkenal dengan peranannya sebagai The Girl, seorang gundik yang tidak bernama, dalam filem Silk (2007)..[4]Pada 14 September 2020, Ashina ditemui mati di dalam rumahnya di Shinjuku oleh ahli keluarganya. Agensinya Horipro mengesahkan berita itu dan mengatakan bahawa siasatan mengenai penyebab kematiannya sedang berjalan.[5]